SOALAN LAZIM

            Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

 

Individu

  • * Warganegara Malaysia;
  • * Berstatus Bumiputera;
  • * Berumur 18 tahun ke atas; dan
  • * Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai permohonan/langganan saham.

 

                 **Nota: Pelajar adalah tidak layak memohon.

 

Syarikat

  • * Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan bertaraf Sdn. Bhd;
  • * Bukan syarikat yang memegang Lesen Import Approved Permit (AP);
  • * Mempunyai modal berbayar minimum RM100,000;
  • * Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
  • * Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
  • * Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
  • * Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk pemegang saham/Ahli Lembaga Pengarah; dan
  • * Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai permohonan/langganan saham.

 

Koperasi

  • * Koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);
  • * Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera; dan
  • * Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai permohonan/langganan saham.
  •  

Yayasan

  • * Yayasan yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri atau Syarikat Berhad Menurut Jaminan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  • * Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera; dan
  • * Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai permohonan/langganan saham.
  • * MITI merujuk “Bumiputera” sebagai warganegara Malaysia yang tergolong dalam kategori - kategori di bawah:
    •     1. “Orang Asli” dan “Orang Melayu”
    •     2. Anak Negeri Sarawak
    •     3. Anak Negeri Sabah 
    •  
  • * Keturunan Portugis, Thai, Baba Melaka, India Muslim, Eurasian, Indonesia dan semua bangsa lain yang bukan Melayu (i.e. masuk Islam) tidak dianggap sebagai Bumiputera.

 

 

 

 

Individu

* Mengisi permohonan secara dalam talian (online);

* Salinan Penyata Akaun TERKINI Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);

* Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI daripada tarikh saham ditawarkan (mestilah daripada akaun bank yang sama, berturutan dan menunjukkan transaksi berserta baki akhir); **salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi Bank juga diterima; ATAU

* Salinan penyata ASB/ASN/ASD/ASW 6 bulan TERKINI daripada tarikh saham ditawarkan (secara dalam talian atau di cawangan ASNB dan hanya pelaburan tunai sahaja yang diambil kira); ATAU

* Salinan penyata Fixed Deposit 6 bulan TERKINI daripada tarikh saham ditawarkan; ATAU

* Salinan penyata Tabung Haji 6 bulan TERKINI daripada tarikh saham ditawarkan; dan

* Surat kebenaran Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan).

 

Syarikat

* Mengisi permohonan secara dalam talian (online);

* Salinan Penyata Akaun TERKINI Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);

* Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI  (transaksi berserta baki akhir); **salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi Bank juga diterima;

* Cetakan TERKINI 6 muka surat maklumat syarikat daripada SSM. (maklumat asas/ modal/ pemegang saham/ pengarah/ gadaian/ kewangan) (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);

* Laporan Kewangan Tahunan/ Audited Account yang TERKINI disahkan oleh Juru Audit Bertauliah (tidak melebihi 2 tahun daripada saham ini ditawarkan); 

* Penyata Caruman KWSP (majikan & pekerja) disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang bertauliah; dan

* Keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga Pengarah untuk melanggan saham.

 

Koperasi

* Mengisi permohonan secara atas talian (online);

* Salinan Penyata Akaun TERKINI Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);

* Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI daripada tarikh saham ditawarkan (mestilah daripada akaun bank yang sama, berturutan dan menunjukkan transaksi berserta baki akhir); **salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi Bank juga diterima;

* Sijil Pendaftaran Koperasi yang disahkan oleh Setiausaha Koperasi;

* Senarai Keahlian yang disahkan oleh Setiausaha Koperasi;

* Undang-undang Kecil Koperasi yang disahkan oleh Setiausaha Koperasi;

* Laporan Kewangan Tahunan/ Audited Account yang TERKINI disahkan oleh Juru Audit Bertauliah (tidak melebihi 2 tahun daripada saham ini ditawarkan); dan

* Keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga untuk melanggan saham.

 

 Yayasan

* Mengisi permohonan secara atas talian (online);

* Salinan Penyata Akaun TERKINI Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);

* Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI daripada tarikh saham ditawarkan (mestilah daripada akaun bank yang sama, berturutan dan menunjukkan transaksi berserta baki akhir); **salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi Bank juga diterima;

* Sijil Pendaftaran Pertubuhan;

* Senarai Ahli Lembaga; dan

* Keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga untuk melanggan saham.

1) Langkah-langkah mendaftar sebagai pelabur MITI:


1.    Daftar melalui sahamonline.miti.gov.my dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Pendaftaran Syarikat / Nombor Pendaftaran Koperasi / Yayasan / Pertubuhan sebagai ‘ID Pengguna’.
2.    Sila layari laman “Log Masuk” atau klik pautan berikut https://sahamonline.miti.gov.my/portal/login
3.    Tekan pautan Daftar Pelabur.
4.    Pilih Jenis Pelabur – Individu/Syarikat/Koperasi/Yayasan
5.    Isi maklumat di dalam Borang Pendaftaran Pelabur dan muatnaik dokumen yang diperlukan > Tanda √ Kotak Pengakuan > Tekan Hantar. Anda adalah dinasihatkan untuk menyemak dan mengesahkan maklumat-maklumat peribadi / organisasi adalah tepat dan mengikut format yang ditetapkan sebelum menghantar permohonan pendaftaran. Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan saham.
6.    Bagi syarikat/koperasi/yayasan, pastikan muat naik sijil pendaftaran berwarna yang jelas dan nyata. Format yang dibenarkan adalah: "png", "jpeg", "jpg".
7.    Bagi individu, pastikan muat naik gambar hadapan dan belakang Kad Pengenalan berwarna yang jelas dan nyata. Format yang dibenarkan adalah: "png", "jpeg", "jpg".
8.    Notifikasi pendaftaran sedang proses akan dihantar ke email yang didaftarkan
9.    Sila semak email bagi mendapat ID dan Kata Laluan Sementara selepas pendaftaran berjaya. Proses semakan pendaftaran adalah 5 hari bekerja.
10.    ATAU sila tonton video manual pendaftaran pelabur di https://youtu.be/NLr7-R34Owg?si=EGhONeWnrpgNxRLK

 

 Apakah Sistem Depositori Pusat (CDS)?

CDS bertindak sebagai kaedah untuk mewakili pemilikan dan pergerakan sekuriti. Pemegang akaun CDS menikmati kemudahan seperti memperoleh pemindahan sekuriti dan penyelesaian dagangan secara elektronik.

 

Mengapakah saya perlu membuka akaun CDS?

Anda perlu membuka akaun CDS untuk membeli dan / atau menjual saham, dan untuk menjalankan transaksi CDS yang lain ke atas semua kaunter ekuiti dan bukan ekuiti (contohnya, bon, saham pinjaman, waran dan sebagainya) yang telah dinyatakan di dalam CDS.

 

Bagaimana saya boleh membuka akaun CDS?

Anda boleh membuka akaun CDS dengan mana-mana Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA). Semua syarikat pembrokeran di Malaysia pada masa ini adalah ADA. Jika anda adalah pelabur individu, anda boleh memilih sendiri ADA dan:

Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Kad Tandatangan Spesimen.

Bagi rakyat Malaysia, hantarkan dokumen bersama-sama dua (2) salinan Kad Pengenalan anda yang telah disahkan. Bagi warga asing, anda perlu membayar yuran Pembukaan Akaun dan menghantar dua (2) salinan pasport anda yang telah disahkan.

Jika anda adalah pelabur korporat, anda perlulah:

Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Kad Tandatangan Spesimen.

Hantarkan dokumen di atas dengan dua (2) salinan semua dokumen sokongan yang diperlukan (contohnya Sijil Pengkorportan, Resolusi Lembaga Pengarah dan sebagainya) bersama-sama dengan yuran Pembukaan Akaun.

ADA anda kemudiannya akan membuka akaun CDS dan memberikan anda nombor akaun CDS. Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd akan menghantar kepada anda notis pengesahan pembukaan akaun melalui pos.

 (sumber: https://www.bursamalaysia.com/bm/reference/faqs/cds)

Setiap penyata akaun CDS telah diaktifkan katalaluan bagi tujuan keselamatan dan privasi. Walaubagaimana pun, sekiranya pemohon hendak membuat permohonan saham hendaklah menyahaktifkan katalaluan tersebut untuk memudahkan pihak MITI membuat penilaian permohonan tuan/puan.

Sila tonton video berkenaan untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyahaktif katalaluan penyata akaun CDS.

 

https://youtu.be/EVU3o-XZ4bs

Permohonan Saham Khas Bumiputera

Pelabur MITI perlu membuat permohonan secara dalam talian (online); 

**Nota: Tiada lagi penghantaran borang ke Menara MITI.

Cara-cara memohon saham melalui Sistem Saham Online

  1. Log masuk Sistem SahamOnline MITI.
  2. Tekan butang MOHON.
  3. Muat naik Penyata Kemampuan Kewangan seperti Penyata Bank, Penyata ASB/ASN/ASD/ASW, Penya Tabung Haji atau Deposit Tetap; mana-mana yang berkaitan.
  4. Masukkan jumlah (RM) baki akhir penyata pada ruangan yang disediakan di bawah penyata kewangan yang telah dimuat naik.
  5. Muat naik Surat Kebenaran Ketua Jabatan sekiranya pelabur adalah anggota Kerajaan.
  6. Pilih nombor akaun CDS yang hendak digunakan (jika mempunyai akaun yang berlainan).
  7. Muat naik penyata Akaun CDS yang terkini (Pastikan penyata Akaun CDS yang dimuat naik tidak mempunyai kata laluan).
  8. Medan MODAL (RM) akan menjumlahkan secara automatik berdasarkan baki akhir penyata kewangan yang telah diisytiharkan di Bahagian Kemampuan Kewangan.
  9. Masukkan Jumlah Permohonan Saham, jumlah maksimum unit permohonan juga akan dipaparkan berdasarkan jumlah modal yang diisytihar (minimum 3000 unit).
  10. Klik sekiranya mempunyai pendapatan RM 300,000 atau lebih/setahun untuk memuat naik sesalinan Borang EA (jika ada).
  11. Tekan butang Pengakuan.
  12. Semak dan pastikan segala maklumat adalah tepat dan terkini.
  13. Tekan butang Hantar.

**Nota: Pindaan atau pembatalan permohonan saham boleh dilakukan sebelum tarikh tutup permohonan.

 

i) Keputusan akan dihebahkan melalui laman web (http://sahamonline.miti.gov.my) selepas 40 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan. Namun, ianya tertakluk kepada sebarang pindaan.   

ii) Keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan diterima.

Layak. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.

Minima unit saham yang boleh dipohon ialah sebanyak 3,000 unit sahaja, manakala tiada had maksima ditetapkan. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.

Permohonan akan ditolak sekiranya pemohon tidak dapat mengemukakan dokumen penyata sumber kewangan untuk menunjukkan kemampuan yang mencukupi bagi melanggan unit saham yang dipohon.

Boleh memohon. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.

Moratorium adalah sekatan kepada pelabur daripada memohon tawaran SKB yang dikenakan bagi tempoh enam (6) bulan selepas tarikh akhir bayaran sesuatu saham. 

Pelaksanaan moratorium ini bermula pada 1 Februari 2023 bagi pelabur yang gagal membuat pembayaran penuh ke atas tawaran SKB yang diperuntukkan dalam tempoh yang ditetapkan. 

Soalan  Jawapan

Mohon: 10,000 unit

Diluluskan oleh MITI: 5,000 unit

Sekiranya saya TERIMA amaun kurang daripada 5,000 unit, contoh 3,000 unit, adakah moratorium 6 bulan dikenakan ke atas saya?

MITI mewajibkan setiap pelabur yang berjaya untuk mengambil keseluruhan saham yang telah diperuntukkan untuk mengelakkan daripada dikenakan moratorium. Bagi kes ini pelabur akan dikenakan moratorium memandangkan beliau hanya mengambil 3,000 unit sahaja berbanding 5,000 yang telah diluluskan oleh MITI.

 

Nota: Dimaklumkan bahawa tempoh pelaksanaan moratorium dikurangkan kepada 90 hari. Perubahan ini berkuatkuasa daripada saham yang telah diumumkan keputusan pada 19 Februari 2025 dan seterusnya.

*Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

 

Tatacara mendapatkan Arahan Pembayaran:

1. Klik butang Kemaskini
2. Masukkan jumlah unit saham yang diterima
3. Simpan dan tekan butang Pencetak

* Tidak menerima jumlah yang diperuntukkan akan dikenakan tindakan MORATORIUM